Sungai Congo (juga disebut Sungai Zaire) adalah sungai terbesar di
Afrika Tengah bahagian Barat. Sungai ini memiliki panjang sekitar 4.700
km, menjadikannya sebagai sungai terbesar kedua di Afrika (setelah
sungai Nil). Sungai ini mengalir melalui hutan hujan terbesar di dunia.
Nama Kongo berasal dari Kerajaan Kongo. Dari tahun 1971 sampai 1997,
pemerintah Zaire menyebutnya Sungai Zaire.
Sungai Congo merupakan sempadan wilayah antara negara Congo Brazzaville
dan Congo Kinshasa (RDC), arusnya mengalir sangat deras dengan
kecepatan hingga mencapai sekitar 3 knots.Di sepanjang sungai terutama
daerah-daerah terpencil, suasana hijau rimbun oleh pohon-pohon, baik
dari jenis pohon bakau mahupun pohon palm.
Namun tersimpan banyak misteri kehidupan didalamnya. Para saintis telah
membuat kajian diantara penemuannya ialah Goliath ikan harimau, yang
boleh membesar sehingga 150 paun (68 kilogram). Semasa ekspedisi 2008 di
Congo, ahli-ahli sains telah mengkaji keupayaan ikan "raksasa"
tersebut boleh mengembara.Sampel-sampel DNA telah diambil untuk
mengkaji asal usul ikan tersebut dan mengenal pasti adakah spesis ini
telah melalui revolusi setelah memasuki Sungai Congo ini.
Menurut saintis yang membuat kajian tersebut,mereka telah menemui lebih
300 spesis pelik dan unik yang tidak pernah direkodkan sebelum ini.
Mereka yakin jika kajian terhadap sungai ini diteruskan,mereka yakin
jumlah yang bakal ditemui mungkin lebih.
Berikut diantara spesis yang mereka temui..
Peta Lokasi Sungai Congo
P/s:Kehidupan pelik disungai telah kita ketahui sedikit demi sedikit
tetapi bagaimana pula kehidupan pelik didalam lautan? Sudah habis ke
kita teroka dan bongkar? Renung-renungkanlah betapa luas misteri dialam
ini yang masih tidak kita ketahui.